Thursday, August 28, 2008

Masak lemak cili api


Bahan-bahannya;

Ayam 1/2 ekor
Bawang merah 6 ulas
Halia 3 cm
Kunyit 4 cm
Santan 1 biji kelapa
Cili api 1 genggam
Daun kunyit 2 helai
Garam secukup rasa
Asam keping "

Cara memasaknya;

Bawang merah, halia, kunyit dan cili api diblender dan dimasukkan kedalam periuk bersama santan, kacau sekejap dan masukkan ayam, garam, daun kunyit dan asam keping, kacau sentiasa sehingga menggelegak,dan bolehlah diangkat setelah masak.Ayam boleh diganti dengan ikan, daging atau udang. Senang kan, selamat mencuba.

Monday, August 25, 2008

Tempoyak goreng


Tempoyak 1 mangkuk kecil
Ikan bilis 200gram
Cili api terpulang kepada anda
Minyak secukupnya untuk menggoreng ikan bilis
Gula 1 sudu teh

Cara memasaknya;
Ikan bilis digoreng bersama cili api sehingga garing dengan sedikit minyak, kemudian masukkan terus tempoyak bersama sedikit gula, kacau sehingga sekata dan bolehlah dihidangkan.
Sedap dimakan ketika panas.

Ikan Pais (ikan bakar ala sarawak)


Ikan kembung 3 ekor
Halia 2 cm
Pucuk ubi kayu cukup untuk membalut ikan
Daun pisang "
Garam secukup rasa

Cara memasaknya;

Ikan diperap dengan halia dan garam dahulu lebih kurang 15 minit, kemudian dibalut dengan pucuk ubi dan dibungkus didalam daun pisang. Bolehlah dibakar sehingga masak.
Dan boleh lah dihidangkan bersama air kicap. Ikan boleh diganti dengan ayam, ikan pari atau apa2 je ikan yang ada kat pasar tu.
Selamat mencuba.


p/s; resepi sumbangan Dayang.

Ayam masak halia



Ayam 1/2 ekor dipotong kecil
Bawang merah 6 ulas dimayang
Bawang putih 4 ulas dimayang
Halia 5cm dimayang
Cili api 10biji dipotong dua
Sos tiram 2 sudu makan
Serai 2 btg
Garam secukup rasa

Cara memasaknya;

Masukkan ayam kedalam kuali bersama sedikit air, masak sehingga air kering, masukkan minyak masak untuk menumis, tumiskan bawang merah, putih, halia dan serai sehingga naik bau kemudian masukkan sos tiram, cili api dan garam, kacau sekejap dan bolehlah diangkat, dan hidangkan bersama nasi.
Selamat mencuba.

p/s: gambar dicurik dr blog org, harap maklum.

Saturday, August 9, 2008

Gulai Ikan Tongkol Untuk Nasi Dagang




bahan-bahannya ;


bawang merah 8 ulas
bawang putih 4 ulas
halia 1 cm
lengkuas 2 cm
kunyit 2 cm
cili kering 3 sudu makan
(blender semua bahan2 diatas)
rempah kari ikan 3 sudu makan
santan 1 biji kelapa
ikan tongkol 2 ekor
(direbus dahulu)
garam secukup rasa
gula
asam keping


Cara memasaknya ;


tumiskan semua bahan2 yang telah diblender bersama dengan rempah kari sehingga naik minyak, kemudian masukkan santan bersama dengan ikan, sentiasa kacau sehingga masak sementara itu masukkanlah garam gula dan asam keping secukup rasa, biarkan menggelegak lebih kurang sepuluh minit dan kemudian boleh lah diangkat dan dimakan bersama nasi dagang.

Kari Ayam Bersama Kentang




bahan-bahannya ;


ayam 1 ekor
rempah kari 2 paket kecil
daun kari 2 pelepah
bawang merah 10 ulas
bawang putih 5 ulas
halia 2 cm
rempah kasar secukup rasa
santan 1 biji kelapa
kentang 3 biji dibelah 4
garam secukup rasagula
asam keping


Cara Memasaknya ;


tumiskan bawang merah, bawang putih, halia yg telah diblender bersama rempah kasar dan daun kari, masukkan rempah kari yg telah dicampur dgn sedikit air, tumis sehingga naik minyak, masukkan ayam kacau sekejap dan biarkan lebih kurang 10 minit dan perlu dikacau sekali sekala supaya tidak melekat dan hangit, masukkan santan dan kentang kacau sentiasa sehingga mengelegak sementara itu boleh masukkan garam gula dan asam keping, biarkan menggelegak lebih kurang 15 minit, dan boleh lan dihidangkan bersama nasi putih, sambal belacan, ulam dan air sirap. :)

Rendang Ayam



Bahan_bahannya ;

ayam 1 ekor dipotong kecil
daun kunyit 3 helai dihiris halus
santan 1 biji kelapa
kerisik 3 sudu makan
bahan untuk dikisar ;
bawang merah 10 ulas
bawang putih 5 ulas
halia 1 cm
lengkuas 2 cm
kunyit 4cm
bahan perasa secukup rasa ;
garam
gula
asam keping
ajinomoto

Cara memasaknya ;

masukkan santan kedalam periuk bersama ayam, dan bahan yang dikisar hidupkan api, biarkan sehingga menggelegak, masukkan bahan-bahan perasa, kacau seketika, biarkan sehingga hampir kering tetapi perlu dikacau sekali sekala supaya tidak hangit dan melekat pada kuali, apabila hampir masak iaitu apabila ia hampir kering dan ayam sudah empuk boleh masukkan kerisik bersama dengan daun kunyit, kacau seketika dan bolehlah diangkat dan dihidang kan bersama nasi atau ketupat nasi. Ayam boleh ditukar dengan daging, kerang, sotong atau pun udang, terpulang pada citarasa anda. Selamat mencuba.